Thursday, December 20, 2012

Solstis Musim Sejuk hari ini... rutin tahunan biasa-biasa je...




Soltis Musim Sejuk berlaku hari ini.
Apa yang berlaku ye?
Kita semua tahu yang paksi Bumi ini senget 23.5 darjah. Maka dalam setahun orbit Bumi mengelilingi matahari, adakalanya Matahari akan berada ke utara daripada garisan khatulistiwa dan adakalanya bergerak ke selatan khatulistiwa.
Pergerakan matahari ini ada ketikanya akan berada pada kedudukan arah kiblat kita.
Paling jauh ke utara atau selatan pun, sebanyak 23.5 Utara (untuk Soltis Musim Panas) dan -23.5 selatan (untuk Soltis Musim Sejuk).
Oleh itu, untuk Soltis Musim Sejuk ni, negara-negara di hemisfera Selatan akan mengalami waktu siang lebih panjang, sementara yang di hemisfera Utara akan mengalami malam lebih panjang.
Boleh guna utiliti web SINI untuk kira berapa lama waktu siang berlaku di bandar-bandar utama dunia.
Tarikh Soltis ni berubah-ubah antara 20,21,22 dan 23 Disember. Perbezaan ini disebabkan waktu yang diambil oleh Bumi untuk mengelilingi matahari ialah 365.242199 hari, dan ia berubah-ubah sikit dari setahun ke setahun dari banyak faktor, seperti orbit bumi, kesan tarikan graviti dari planet-planet lain, putaran bumi serta precession.
Jangan risau, itu semua normal! Berlaku tiap-tiap tahun pun… ;-)
Jadi, sesiapa yang nak teropong langit malam puas-puas, jom kita pi melawat negara-negara di sebelah hemisfera utara sekarang!

No comments: