Monday, March 18, 2013

Samsung Galaxy S4....Wow!!!



samsung galaxy s4 malaysia
Samsung Galaxy S4 : Di Malaysia umumnya ini ada peminat Sony Xperia Z, ataupun HTC One ataupun iPhone 5 ataupun Masing-masing ada citarasa tersendiri. Samsung mahu duduk diam sahaja? Tidak. Tidak sama sekali. Sekitar setahun berlalu sejak pelancaran Samsung Galaxy S3, nah…..
Samsung Galaxy S4 telah pun “lahir” di Kota New York baru-baru ini dengan harapan dapat mengukuhkan lagi kedudukan Samsung sebagai pemain utama pengeluar telefon pintar di dunia.

SPESIFIKASI SAMSUNG GALAXY S4?

  • Pemproses 1.6 GHZ Lapan Teras
  • 2 GB RAM
  • Kamera belakang 13 megapixel dan muatan dalaman sebesar 16 (pilihan 32 atau 64 GB)
  • Kamera hadapan 2 megapixel
  • Samsung Galaxy S4 menggunakan skrin 5 inci HD PENUH yang mana skrin berada pada kadar ketumpatan 441PPI
  • Sokongan kad SD
  • Bateri yang boleh ditanggalkan
  • Android 4.2
  • Resolusi 1080 x 1920
  • Cip pemprosesan Samsung Exynos 5
  • Exynos 5410 1.8GHz Octa-core
  • Panjang (69 mm/2.72 inci) & lebar(7.9 mm/0.31 inci)
  • Berat 138 gram
  • Sokongan 3G dan juga 4G LTE
  • Terdapat sokongan IR yang berfungsi mengawal televisyen dan sebagainya.
  • Bateri berkapasiti 2600mAh

KELEBIHAN & VARIASI FUNGSI SAMSUNG GALAXY S4?

Samsung cuba sedaya upaya untuk memberikan kelainan kepada pengguna setia telefon pintar mereka. Antara kelebihan Samsung Galaxy S4 yang cuba dikongsikan bersama dengan anda (andaikata berjaya memiliki Samsung Galaxy S4 selepas dilancarkan di Malaysia kelak) ialah :
  • Anda mampu merakam video dan juga menggunakan Kamera Samsung Galaxy S4 di bahagian hadapan dan di belakang secara serentak.
  • Gambar yang berjaya dirakam sudah mempunyai sokongan suara. Contohnya memberikan peringatan kadar memori yang telah digunakan setakat itu
  • “Seperti biasa” didakwa lebih nipis, ringan dan solid berbanding Samsung Galaxy S3
  • Bateri yang tahan lebih lama
  • Gambar yang terhasil semestinya lebih tajam dan jelas
  • Ada lagi yang kami tertinggal?
Galaxy S4

KOLEKSI GAMBAR SAMSUNG GALAXY S4

samsung galaxy s4
samsung galaxy s4 malaysia
samsung galaxy s4 malaysia
samsung galaxy s4
samsung galaxy s4 malaysia
samsung galaxy s4
samsung galaxy s4
Samsung Galaxy S4 akan mula dijual bermula bulan April ini. Tetapi tidak diketahui lagi bilakah agaknya Samsung Galaxy S4 akan mula jual di Malaysia? Agak-agaknya?

Jadi, bagaimana dengan anda pula? Adakah kalangan yang menggunakan iPhone 5 di Malaysia amnya akan beralih arah kepada Samsung Galaxy S4 kelak? Ataupun yang memiliki Samsung Galaxy S3 akan menaiktaraf kepada Samsung Galaxy S4? Apa review anda selepas pelancaran telefon pintar daripada Samsung ini?

No comments: